PERATURAN KESELAMATAN AM DALAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
1. Sentiasa
patuhi arahan guru.
2. Jangan
masuk dan keluar makmal tanpa kebenaran guru.
3. Jangan
bermain atau bergurau ketika berada di dalam bengkel.
4. Letakkan
beg di luar bengkel atau di tempat yang dikhaskan.
5. Tumpukan
perhatian terhadap kerja yang dibuat.
6. Bekerja
dengan teratur dan sistematik.
7. Simpan
semua alatan di tempat yang dikhaskan.
8. Bersihkan
alatan dan bengkel setelah selesai membuat kerja.
9. Sekiranya
timbul keadaan berbahaya, laporkan kepada guru dengan segera.
10. Tutup
semua suis sebelum meninggalkan bengkel.
1.1Peraturan dan Keselamatan
1. Peraturan
keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta
suasana bengkel KH yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun
kecederaan.
2. Keselamatan
bengkel meliputi aspek yang berikut:-
(i)
Keselamatan am
(ii)
Keselamatan diri dan rakan
(iii)
Keselamatan alatan dan bahan
1.2Keselamatan Am
1. Peraturan
dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan
menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
2. Rambut
mestilah pendek dan kemas.
3. Pemakaian
apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron.
Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
4. Sebelum
memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru
sepenuhnya.
5. Keadaan
persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
6. Sentiasa
mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
7. Kawasan
tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.
8. Semua suis
elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
1.3Keselamatan Diri dan Rakan
1. Jadikan
sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
2. Pakailah
pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,
3. Pakai apron
dan kasut getah yang bertutup.
4. Bagi murid
yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.
5. Bagi
murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung,
pastikan tundung dipakai dengan kemas.
6. Jangan
bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel KH.
7. Amalan
sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama ahli kumpulan.
8. Tangan
perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel KH.
1.4Keselamatan Alatan dan Bahan
1. Penggunaan
bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh
menggunakannya.
2. Penggunaan
alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada
cepat rosak.
3. Perancangan
penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.
4. Atalan
perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai
penggunaannya.
5. Penyimpanan
bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian
keselamatan yang terbaik oleh guru.
6. Sentiasa
berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel KH.
1.5 Rutin Bengkel Kemahiran Hidup
Organisasi
Bengkel adalah perkara utama yang perlu diwujudkan diawal permulaan sesi
mengajar guru bagi memastikan bengkel dapat diuruskan dengan lebih lancar dan
teratur. Kerja-kerja rutin dibengkel akan berjadual secara teratur dan lebih
sistematik.
Aspek
kebersihan dan keselamatan mesti diutamakan dalam setiap aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di bengkel KH. Melalui organisasi bengkel murid berpeluang
mempelajari aspek kerjasama dalam kumpulan serta mempraktikkan amalan kerja
yang teratur serta selamat.
Murid dapat
bersama menglibatkan diri dalam aspek teknikal penyelenggaraan alatan dan
bagunan sepanjang pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Murid dapat
menimba pengalaman baru yang boleh diaplikasikan dirumah bagi membantu ibubapa
masing-masing.
1.6Perlupusan Sisa Buangan Dari Bengkel
KH
1. Bahan-bahan
lebihan daripada aktiviti kerja murid seperti kayu, plastik, kertas, kaca dan
sisa logam perlu diuruskan dengan baik.
2. Pengurusan
sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar.
3. Amalan
terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis
bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca dan
plastik.
4. Bahan
buangan tersebut perlu diangkut oleh pihak berkuasa berkaitan untuk urusan pelupusan
ataupun projek kitar semula bahan.
5. Jangan
sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan.
1.7Alat Bantuan Kebakaran
1. Alat
pemadam api yang barfungsi dengan baik perlu sebagi persediaan sekiranya
terjadi kebakaran yang kecil di bengkel.
2. Terdapat
perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang
berlainan.
3. Terdapat
label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya.