Friday 18 November 2011




Alatan Tangan dan Kegunaannya



Tukul Kuku Kambing
Alat ini untuk menukul dan mencabut paku. Saiznya mengikut berat kepalanya.


Playar gabung
Alat pelbagai guna untuk kerja umum seperti memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan 
membentuk.



Playar muncung tirus
Playar ini mempunyai muncungg tirus yang sesuai untuk mencapai sesuatu di ruang yang sempit. Selain itu, playar ini boleh digunakan untuk memegang objek yang kecil, memotong dan membentuk kaki komponen. 



Pena uji
Pena ujian digunakan untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup dan juga untuk kerja ringan seperti mengetat dan menanggalkan skru kecil. Alat ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan arus elektrik dalam julat 50V – 500V. Pena ujian mempunyai lampu neon yang akan menyala apabila dikenakan kepada wayar hidup.
 


Pemutar skru rata
Pemutar skru mata rata digunakan untuk memasang atau mengeluarkan skru yang lubang pada kepalanya berbentuk alur.



Sesiku L
Sesiku L digunakan untuk menguji ketepatan sudut 90°, menguji kerataan permukaan bahan dan membuat garisan bersudut tepat.



Pengikis
Alat ini digunakan untuk menyapu tepung penyumbat dan mengikis lebihan tepung penyumbat pada permukaan kayu.



Kikir parut
Alat ini digunakan untuk membentuk lengkuk dan meratakan kayu. Saiznya mengikut panjang dang red giginya. Bersihkan kikir dengan berus dawai setelah digunakan.



Gergaji puting
Alat ini digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan membuat tanggam. Jalur logam di atas adalah untuk mengukuhkan bilah gergaji.


 
Gergaji tangan
Alat ini digunakan untuk mengerat dan membelah kayu. Saiznya ditentukan panjang bilah dan bilangan giginya setiap 25mm.


No comments:

Post a Comment